Ada 8 ekor induk boer F3/F4 bunting untuk dijual pada harga RM1350/ekor @ RM10,500/8ekor. Harga seperti biasa masih boleh dibincangkan. Gambar seperti dibawah :-



Pengimport dan pembekal kambing baka, akikah, korban, kenduri dan sembelihan.
Al-Falah Agroventures diusahakan oleh 2 orang anak muda yang ingin menjadikan bidang agroternak sebagai salah satu punca pendapatan di alaf globalisasi ini.
Penempahan dan lain2 urusan ...sila hubungi:
AJIDIE 013-308 0370
Email :
mrrosdie@yahoo.com
alfalah.agroventures@gmail.com
Alamat Kandang:
Lot 3761, Jalan Bangau,
Batu 9 Jalan Kebun Baru,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor



BBQ boer yang cukup sedap!
Ketibaan pegawai JPV & pengurus Agrobank
3 jejaka Al-Falah yang berjaya menempek disitu.. Hahaha
Ketibaan Adun Sijangkang, YB Dr. Ahmad Yunus
Ucapan YB Dr Ahmad Yunus yang menaikkan lagi semangat geng KMN
Lawatan YB disekitar kandang. Pastinya beliau berpuashati dengan keadaan kambing yang kami ada pada ketika ini.
YB diwawancara oleh wartawan Sinar Harian mengenai pandangan beliau berkenaan program yang KMN jalankan.

...........................................................................................................ATUCARA MAJLIS YANG DIRANCANG SEHINGGA KINI (UPDATE 26 MAY 2009):
*Makan & minum disediakan sepanjang program. Saudara saudari dialu-alukan, makan & minum sepuas-puasnya.
Sila klik pada Map Ladang Al-Falah disebelah untuk mendapatkan peta lokasi ke ladang kami.
F1 to F4 berat purata 35~40kg hanya RM850~900/ekorJadi, bagi yang memerlukan baka boer, induk dan dara ni, ringan-ringankan lah tangan dengan mulut tu tuk bertanya kepada kami. Jangan malu dan segan untuk bertanya walau hanya dengan sms, kami sedia melayan dan membantu anda.



* Baka Dorper berasal dari Afrika Selatan telah dibangunkan dalam tahun 1900 hasil gabungan baka biri-biri Parsi dan Dorset.
* Ketika ini Dorper adalah baka biri-biri pedaging terulung di dunia.
* Di Afrika Selatan terdapat lebih lima juta ekor baka Dorper.
* Baka ini dipilih kerana dijangka berupaya menyesuaikan diri dengan iklim tempatan, kadar kenaikan berat badan tinggi, kadar kembar tinggi, pengeluaran susu yang banyak serta karkas berkualiti (nisbah daging kepada tulang yang tinggi).
* Baka ini mudah dipelihara dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai
* Ia dapat menggunakan makanan (pastura dan dedak secara optimum) dengan kadar kematian rendah dan imun terhadap penyakit dengan kadar kesuburan tinggi dan banyak anak dapat dipasarkan
* Baka yang menarik dan popular dari jenis pedaging dengan kesuburan yang tinggi dan berupaya untuk musim pembiakan yang panjang sepanjang tahun
* Baka ini sangat subur dengan kadar bunting yang tinggi dan pejantan boleh dikahwinkan dengan lebih 30 induk betina dalam masa 40 hingga 60 hari.
* Kadar kelahiran boleh dijadualkan setiap lapan bulan (tiga kelahiran dalam masa dua tahun) dengan kadar kembar yang tinggi. Dengan pengurusan yang baik kadar kelahiran lebih 150 peratus dapat dihasilkan
* Induk betina mempunyai ciri keibuan yang baik dan dengan penghasilan susu yang tinggi dapat memelihara anak dengan baik sehingga cerai susu dengan peratus cerai susu yang tinggi
* Kadar kenaikan badan yang tinggi. Dengan pemakanan yang baik anak baka tulen Dorper boleh mencapai berat badan 30 hingga 35 kilogram (kg) dalam masa tiga hingga empat bulan
* Mempunyai kualiti karkas yang baik dengan pertumbuhan lemak dalam daging yang serata menjadikan karkas mencapai Gred Super di pasaran
* Walaupun baka Dorper pada asalnya dibangunkan untuk dipelihara di kawasan panas dan kering di Afrika Selatan namun ia didapati sesuai dipelihara di pelbagai iklim dengan pemakanan yang pelbagai di dalam beberapa sistem pemeliharaan sama ada sistem intensif, semi-intensif atau bebas baik dalam kawasan padang pasir, tropika atau lembap.
p/s: pic taken from dusunagro (bro sukor).. sori bro curik pic nih.. nk bt promote dorper la..