Monday, June 1, 2009

Sepetang Santap Kambing SeMalaya II Yang Meriah

Sekitar kawasan Sepetang Santap Kambing SeMalaya II
BBQ boer yang cukup sedap!
Ketibaan pegawai JPV & pengurus Agrobank

3 jejaka Al-Falah yang berjaya menempek disitu.. Hahaha


Ketibaan Adun Sijangkang, YB Dr. Ahmad Yunus

Ucapan YB Dr Ahmad Yunus yang menaikkan lagi semangat geng KMN

Lawatan YB disekitar kandang. Pastinya beliau berpuashati dengan keadaan kambing yang kami ada pada ketika ini.

YB diwawancara oleh wartawan Sinar Harian mengenai pandangan beliau berkenaan program yang KMN jalankan.


Alhamdulillah, program yang kami aturkan semuanya berjalan dengan lancar. SSKS ke 2 kali ni menerima tetamu lebih kurang 100 orang. Penat sungguh kami melayan para tetamu tapi kami cukup puas hati sebab ramai yang berpuas hati dengan majlis yang kami aturkan. Malah ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus dan Pegawai Veterinar JPV Kuala Langat, Pn. Siti Rohmah juga cukup gembira sehingga sanggup membantu kami untuk menjayakan aktiviti seumpama ini jika kami ingin anjurkan lagi dimasa hadapan.

Makanan??? Memang terbaik punya kami sediakan. Yang tak penah makan daging kambing pun tak melepaskan peluang untuk menikmati kelazatan kambing boer yang di panggang oleh kami. Juga dengan peluang untuk merasai susu kambing asli segar. Berbotol-botol susu kambing segar telah habis kami jamukan kepada para tetamu. Hasilnya, semua berpuashati dengan kelazatan daging dan susu kambing yang kami sajikan.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates