Thursday, June 25, 2009

Tender Projek Tanaman Semula Rumput

Kami sedang mencari individu atau syarikat yang boleh menjayakan projek tanaman semula rumput bagi ladang kambing kami. Butiran seperti berikut :-
  • Keluasan : 1 ekar.
  • Jenis rumput : Napier India.
  • Kerja-kerja yang terlibat : Pembajakan semula tanah, pengapuran tanah, pembajaan tanah dengan urea, pembekalan benih Napier India, penanaman benih Napier India, sistem pengairan renjis dan penjagaan untuk tempoh 1 bulan pertama (untuk memastikan yang rumput tersebut benar-benar hidup).

Sesiapa yang berminat, bolehlah hantarkan sebutharga kepada kami di alfalah.agroventures@gmail.com. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Saiful 012-2846292. Anda digalakkan melawat kawasan kandang terlebih dahulu sebelum menghantarkan sebutharga. Tarikh tutup penghantaran sebutharga pada Jumaat, 10 Julai 2009.

Sekian

Monday, June 22, 2009

Aktiviti Al-Falah

Ahad lepas (semalam la tu) kami di Al-Falah dah mula keluar dari ladang untuk mencari market terus kepada end user. First time la kiranya ni. Penat gak la sebab tak penah lagi buat kerja-kerja camni. Apapun feedback yang kami dapat dari aktiviti kami ni amat baik sekali. Sekurang-kurangnya kami dapat memperkenalkan Al-Falah kepada masyarakat setempat sebagai pembekal kambing bagi daerah Shah Alam ni. Bawah ni sedikit gambar yang sempat kami ambil.

Selain tu kami juga telah memperkenalkan baja organik kami yang telah dipek dalam bungkusan-bungkusan kecil. Gambar seperti bawah ni.


Harga hanya RM1.50/pek. Kalo anda rasa mahal, insyaallah kami boleh kurangkan lagi. Takde masalahnya pasal tu. Kalo nak dalam bentuk pukal pun kami dapat bekalkan. 1 guni dapat memuatkan dalam 35-40kg yang mana kami jual pada harga 70sen/kg.


Hubungilah kami untuk tempahan. Sekian

Wednesday, June 17, 2009

Karkas Kambing Boer & Feral

Harga hebat untuk karkas kambing boer & feral.

Kambing boer :-
................................................................
Berat karkas : 20-23kg
Harga : RM32/kg
Minimum pembelian : 3 ekor
................................................................

Kambing feral :-
................................................................
Berat karkas : 20-23kg
Harga : RM26/kg
Minimum pembelian : 3 ekor
................................................................

Kami juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan daging kambing dari kami secara konsisten dengan memeterai perjanjian (MOU) pembekalan dengan kami.

Hubungi kami untuk perbincangan lebih lanjut. Sekian

Monday, June 15, 2009

Boer Mampu Milik

Tawaran boer brownhead dara mampu milik. Cukup murah dipasaran. Berat purata 25kg. Stok sedia ada dikandang kami. Cuma datang, pilih, bayar dan bawa balik. Mudahkan?



....................................................................................
Harga : RM670/ekor nego
Minimum pembelian : 10 ekor
....................................................................................



Hubungi kami segera untuk pertanyaan dan tempahan.

Saturday, June 13, 2009

Kambing Feral Shipment 17 Jun 2009!

MAAF! Ada perubahan dalam jadual penerbangan. Insyaallah kambing akan sampai pada hari Khamis!

UPDATE 14 JUN 09!
Kambing feral kemungkinan besar akan sampai lebih awal iaitu pada Isnin 15 Jun!

Kambing feral akan sampai pada Rabu depan 17 Jun 2009. Sesape yang inginkan feral bolehlah order atau booking dengan kami sekarang.

Spec seperti berikut :-
  • Berat avg 40kg
  • Paling kurang dah ada sepasang gigi kekal - sesuai untuk akikah
  • Harga hanya RM460/ekor ex-farm, minimum 10 ekor

Datang, pilih, bayar dan terus bawa balik mana yang berkenan. Sape cepat, dia la dapat yang terbaik. Shipment setiap minggu.

Next shipment insyaallah pada Rabu, 24 Jun. Tempah sekarang!

Monday, June 8, 2009

Kambing Feral Cukup Umur!

- UPDATE 9 JUN 2009 -
SOLD OUT! Semua feral avg 40kg telah selamat ke Temerloh
Jangan risau, stok baru masuk lagi minggu depan.

Ni lah gambar kambing feral yang kami bawa masuk. Besar dan cukup umur untuk akikah & korban. Berat purata 40kg.







Kalo nak kambing feral yang camni, boleh order dengan kami. Harga hanya RM460/ekor bagi pembelian minima 10 ekor ex-farm. Kalo tak puas hati lagi setakat tengok gambar ja, meh la mai kandang tengok sendiri. Mesti pueh hati nyo. Hehehe. Kami hanya bawak masuk feral yang paling kurang ada 1 pasang gigi kekal.

Thursday, June 4, 2009

Induk Boer F3/F4 Bunting Untuk Dijual

- TERKINI 5 JUN 2009 -

Ada 8 ekor induk boer F3/F4 bunting untuk dijual pada harga RM1350/ekor @ RM10,500/8ekor. Harga seperti biasa masih boleh dibincangkan. Gambar seperti dibawah :-







Hubungi kami untuk temujanji atau tempahan.

p/s: Gambar latarbelakang gelap sebab tangkap gambar waktu malam. Kalo nak tengok dengan lebih jelas, meh ler ke kandang. Leh terus angkut balik jer.

Wednesday, June 3, 2009

Jualan Borong & Runcit Cuti Sekolah

Jualan borong & runcit kambing feral akikah/korban/sembelihan:


....................................................................................................
Jualan borong :-
UPDATE 9 JUN 2009
SOLD OUT! Semua feral avg 40kg telah selamat ke Temerloh
Berat : Purata 40kg
Harga : RM440/ekor ex-KLIA, min 10 ekor
RM460/ekor ex-farm, min 10 ekor
*Kambing sedia ada dikandang untuk diangkut balik*
....................................................................................................

....................................................................................................
Jualan Runcit :-
UPDATE 9 JUN 2009
Stok untuk akikah masih ada.
Berat : > 40kg
Harga : RM800 (1ekor) @ RM1570 (2 ekor)
Pakej : Harga tersebut termasuk sembelih/lapah + masakan kurma/kari + penghantaran Lembah Klang
....................................................................................................

Hubungi kami segera untuk tempahan.

Shipment setiap minggu. Order awal untuk dapatkan stok awal. Kalo susah nak ke KLIA, datang je ambil kat kandang kami. Kami sedia melayan.

Monday, June 1, 2009

Sepetang Santap Kambing SeMalaya II Yang Meriah

Sekitar kawasan Sepetang Santap Kambing SeMalaya II
BBQ boer yang cukup sedap!
Ketibaan pegawai JPV & pengurus Agrobank

3 jejaka Al-Falah yang berjaya menempek disitu.. Hahaha


Ketibaan Adun Sijangkang, YB Dr. Ahmad Yunus

Ucapan YB Dr Ahmad Yunus yang menaikkan lagi semangat geng KMN

Lawatan YB disekitar kandang. Pastinya beliau berpuashati dengan keadaan kambing yang kami ada pada ketika ini.

YB diwawancara oleh wartawan Sinar Harian mengenai pandangan beliau berkenaan program yang KMN jalankan.


Alhamdulillah, program yang kami aturkan semuanya berjalan dengan lancar. SSKS ke 2 kali ni menerima tetamu lebih kurang 100 orang. Penat sungguh kami melayan para tetamu tapi kami cukup puas hati sebab ramai yang berpuas hati dengan majlis yang kami aturkan. Malah ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus dan Pegawai Veterinar JPV Kuala Langat, Pn. Siti Rohmah juga cukup gembira sehingga sanggup membantu kami untuk menjayakan aktiviti seumpama ini jika kami ingin anjurkan lagi dimasa hadapan.

Makanan??? Memang terbaik punya kami sediakan. Yang tak penah makan daging kambing pun tak melepaskan peluang untuk menikmati kelazatan kambing boer yang di panggang oleh kami. Juga dengan peluang untuk merasai susu kambing asli segar. Berbotol-botol susu kambing segar telah habis kami jamukan kepada para tetamu. Hasilnya, semua berpuashati dengan kelazatan daging dan susu kambing yang kami sajikan.

Template by:
Free Blog Templates