Monday, May 25, 2009

Harga Hebat Kambing Feral!

UPDATE 29 MEI 2009!

Salam sejahtera.

Tawaran harga hebat bagi jualan borong kambing feral. Kambing yang cukup sesuai untuk tujuan akikah, korban, kenduri dan sembelihan.

.............................................................................................
Berat : avg 40kg
Harga tawaran : RM440/ekor (min 10 ekor) ;
RM420/ekor (>40 ekor)
.............................................................................................

*Harga ex-KLIA & boleh dirunding
*Shipment 1x~2x sebulan
*Tambahan harga sebanyak RM10/ekor jika pelanggan mengambil diladang


Terma bayaran : 50% deposit semasa tempahan, 50% semasa ketibaan kambing di KLIA

Kami pasti harga yang kami tawarkan kepada anda disini adalah yang terhebat dan termurah dipasaran (berdasarkan kepada penilain ke beberapa farm & blog ternakan). Hubungi kami segera untuk tempahan atau menanyakan sebarang soalan.

Sekian

Thursday, May 21, 2009

Sepetang Santap Kambing Se-Malaya II

UPDATE 26 MAY 2009!
- ADUN Sijangkang, YB Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi sudi untuk merasmikan majlis -

Salam hormat saudara-saudari.

Kami, Al-Falah Agroventures, ahli gabungan Kambing Malaya Network ingin menjemput saudara-saudari semua yang meminati atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam dunia perkambingan menghadiri majlis "Sepetang Santak Santap Kambing Se-Malaya".

Objektifnya hanya untuk (1) mempertemukan semua peminat kambing, (2) berkongsi maklumat tentang dunia perkambingan, (3) memeriahkan dunia perkambingan & (4) merasai keenakkan daging kambing boer (PERCUMA!!).

...........................................................................................................
Tarikh : 30 May 2009
Hari : Sabtu
Bertempat : Ladang Ternakan Kambing Al-Falah Agroventures

...........................................................................................................

ATUCARA MAJLIS YANG DIRANCANG SEHINGGA KINI (UPDATE 26 MAY 2009):

  • 1.30-2.00ptg: Kehadiran & Memanggang BBQ Boer
  • 2.00-2.05ptg: Majlis bermula dengan bacaan doa.
  • 2.05-2.20ptg: Ucapan dan perasmian oleh YB ADUN Sijangkang
  • 2.20-2.30ptg: Intro Kambing Malaya Network
  • 2.30-3.30ptg: Dialog "Tuisyen Realiti Dunia Perkambingan"
  • 3.30-4.00ptg: Makan & Acara Bebas
  • 4.00-4.30ptg: Penerangan Peminjaman Di Agro Bank
  • 4.30-5.30ptg: Klinik Kambing (hands-on)
  • 5.30-7.00ptg: Lelongan Kambing Boer & Saanen
  • 7.00ptg: Bersurai

*Makan & minum disediakan sepanjang program. Saudara saudari dialu-alukan, makan & minum sepuas-puasnya.

Sila klik pada Map Ladang Al-Falah disebelah untuk mendapatkan peta lokasi ke ladang kami.

Tuesday, May 19, 2009

Jualan Mega Kambing Boer

Salam sejahtera bagi semua peminat kambing dan juga pelawat ke blog kami.

Kami dengan kerjasama rakan network kami Kambing Malaya Network berbesar hati ingin menawarkan jualan mega kambing boer dari Australia dengan harga yang pasti termurah dipasaran. Kambing telah stabil dari stress kerana telah berada di Malaysia selama hampir 2 bulan. So kambing-kambing telah sedia untuk dibiakkan dikandang anda semua.

So, apa tunggu lagi. Sape cepat dia la yang dapat yang cantik-cantik dan gemuk-gemuknya. Tapi jangan risau la. Kami bawakan ni semua cantik-cantik dan gemuk-gemuk punya. Tak main la yang tak cantik atau kurus. Kang sape yang nak. Kambing-kambing tersebut telah sedia untuk dilihat, dipilih, ditempah dan diangkut balik dari kandang kami sekarang.

Gred??? Kali ni kami bawakan induk dan dara boer dari gred F1/F2 & F3/F4 untuk tatapan anda. Harga lak??? Jangan risau, cam kami katakan tadi, pasti termurah dipasaran punya.

F1/F2 berat purata 25kg hanya RM600/ekor
&
F3/F4 berat purata 25kg hanya RM780/ekor


F1 to F4 berat purata 35~40kg hanya RM850~900/ekor

Jadi, bagi yang memerlukan baka boer, induk dan dara ni, ringan-ringankan lah tangan dengan mulut tu tuk bertanya kepada kami. Jangan malu dan segan untuk bertanya walau hanya dengan sms, kami sedia melayan dan membantu anda.

Tuesday, May 12, 2009

Susu Kambing

Salam hormat.

Kami menawarkan jualan susu kambing kepada peminat susu kambing dengan harga yang berpatutan. Sebelum tu biar kami nyatakan kebaikan susu kambing ni kepada kesihatan, Susu kambing dapat membantu dalam merawat penyakit-penyakit seperti berikut :-

  1. Demam Kuning (Jaundice)
  2. Gastrik
  3. Migrain
  4. Masalah darah tinggi
  5. Masalah penyakit kulit
  6. Insomnia (sukar tidur)
  7. Senggugut
  8. Lelah (asma)
  9. Buah pinggang
  10. Lemah Tulang (Osteoporosis)
  11. Ekzema
  12. Hepatitis A
  13. Ulcer Perut
  14. Pucat (Anaemia)
  15. Penyakit Batuk Kering
  16. Pemulihan selepas pembedahan
  17. Alah kepada susu lembu
  18. Perawatan kulit
  19. Memulihkan tenaga batin
  20. Membantu pembinaan darah dan tisu
  21. Membantu pembentukan tulang dan gigi
  22. Memberi tenaga Ibu mengandung/menyusu anak
  23. Tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak
  24. Menambahkan selera makan kanak-kanak
  25. Sakit lemah jantung di peringkat awal
  26. Penyakit berkaitan jantung, limpa & hati
  27. Sakit sendi dan buah pinggang
  28. Menguatkan sistem imunisasi paru-paru
  29. Bersifat anti-arthritis (inflamasi sendi)
  30. Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah
  31. Meningkatkan daya ingatan, kepekaan & penumpuan diri

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kapasiti 250ml
Harga RM6.00/botol
Pembelian minimum 10 botol
Hubungi : Saiful 012-2846292
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, May 11, 2009

Penghabisan stok kambing feral

Salam sejahtera.


Ada lagi tawaran kami untuk anda. Jualan penghabisan stok kambing feral untuk sembelihan.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kambing feral sembelihan
Berat hidup : 30~35kg
Harga tawaran : RM430/ekor, minimum 5 ekor
(harga ex-farm)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Siapa cepat dia dapat la sebab ada hanya lagi 18 ekor je lagi. Kalo angkat semua, rega kita senang lagi la nak cerita. Tapi jangan susah hati, abih yang ni, kami akan bawak masuk lagi. Stok insyaallah sentiasa ada.

Tunggu apa lagi, hubungi kami segera..

Jualan kambing koplo yang dabommm

Tawaran induk koplo yang menarik, tertarik dan memang dabommm dari kami. Ada 11 ekor induk, kebanyakannya dah bunting dan semestinya semua dah dikahwinkan dengan pejantan boer unggul kami.

Sungguh asyik makan. Tak layan bos nak tangkap gambar tuh.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tawaran harga :-
11 ekor induk + 2 ekor anak = RM7000
Jangan risau, harga leh nego lagi laa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa tunggu lagi. Mai cepat ke kandang kami untuk mendapatkan bekalan kambing koplo tersebut. Lambat kang, orang lain sebat wooo.

Friday, May 8, 2009

Info Kambing / Biri-biri : Pengenalan Baka Dorper

* Baka Dorper berasal dari Afrika Selatan telah dibangunkan dalam tahun 1900 hasil gabungan baka biri-biri Parsi dan Dorset.

* Ketika ini Dorper adalah baka biri-biri pedaging terulung di dunia.

* Di Afrika Selatan terdapat lebih lima juta ekor baka Dorper.

* Baka ini dipilih kerana dijangka berupaya menyesuaikan diri dengan iklim tempatan, kadar kenaikan berat badan tinggi, kadar kembar tinggi, pengeluaran susu yang banyak serta karkas berkualiti (nisbah daging kepada tulang yang tinggi).

* Baka ini mudah dipelihara dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai

* Ia dapat menggunakan makanan (pastura dan dedak secara optimum) dengan kadar kematian rendah dan imun terhadap penyakit dengan kadar kesuburan tinggi dan banyak anak dapat dipasarkan

* Baka yang menarik dan popular dari jenis pedaging dengan kesuburan yang tinggi dan berupaya untuk musim pembiakan yang panjang sepanjang tahun

* Baka ini sangat subur dengan kadar bunting yang tinggi dan pejantan boleh dikahwinkan dengan lebih 30 induk betina dalam masa 40 hingga 60 hari.

* Kadar kelahiran boleh dijadualkan setiap lapan bulan (tiga kelahiran dalam masa dua tahun) dengan kadar kembar yang tinggi. Dengan pengurusan yang baik kadar kelahiran lebih 150 peratus dapat dihasilkan

* Induk betina mempunyai ciri keibuan yang baik dan dengan penghasilan susu yang tinggi dapat memelihara anak dengan baik sehingga cerai susu dengan peratus cerai susu yang tinggi

* Kadar kenaikan badan yang tinggi. Dengan pemakanan yang baik anak baka tulen Dorper boleh mencapai berat badan 30 hingga 35 kilogram (kg) dalam masa tiga hingga empat bulan

* Mempunyai kualiti karkas yang baik dengan pertumbuhan lemak dalam daging yang serata menjadikan karkas mencapai Gred Super di pasaran

* Walaupun baka Dorper pada asalnya dibangunkan untuk dipelihara di kawasan panas dan kering di Afrika Selatan namun ia didapati sesuai dipelihara di pelbagai iklim dengan pemakanan yang pelbagai di dalam beberapa sistem pemeliharaan sama ada sistem intensif, semi-intensif atau bebas baik dalam kawasan padang pasir, tropika atau lembap.

p/s: pic taken from dusunagro (bro sukor).. sori bro curik pic nih.. nk bt promote dorper la..

Template by:
Free Blog Templates