Wednesday, July 29, 2009

Kambing Feral Akikah

Harga : RM630 - RM680 seekor
Berat : 40 - 50kg

* Harga termasuk sembelihan & lapah
* Khidmat penghantaran dan masakan juga disediakan

Tuesday, July 21, 2009

Shipment Feral 28hb Julai (Selasa)

Info terkini. Shipment dijangka tiba pada 28hb Julai, iaitu Selasa depan.

Sesiapa yang memerlukan kambing feral, boleh lah buat tempahan sekarang. Tempahan dibuka sehingga 25hb ni saja (hari Jumaat ni).

-: Spec kambing :-
Berat : 40-45kg
Harga : RM460/ekor
Minimum order : 10 ekor.

Kambing ambil dikandang di Jalan Kebun, Shah Alam. Taknak ramai-ramai ke KLIA sebab jadi sesak nanti. Susah nak buat urusan. Cepat tempah sebelum terlambat.

Terma & syarat:
1) Deposit 50% semasa tempahan. Baki 50% semasa ambil kambing dikandang.
2) Kami akan menghantar notis kepada setiap tuan punya kambing setelah kambing selamat tiba ke kandang kami.
3) Tempoh transit dikandang Al-Falah hanya 2 hari. Lebih dari tu akan dikenakan caj RM1.30/ekor/hari.
4) Maksimum transit hanya 7 hari selepas kambing sampai dari KLIA. Lepas tu kami akan menganggap tuannya tidak berminat lagi dan kami akan jualkan kambing tersebut tanpa sebarang notis susulan.
5) Tarikh tutup tempahan dan bayaran deposit pada 25hb Julai.

Wednesday, July 15, 2009

Harga Terkini Feral

Salam hormat untuk semua.

Update harga untuk kambing feral 40-45kg = RM460/ekor ex-farm Al-Falah. Harga untuk minimum 10 ekor. Ni latest info dan kos yang kami dapat dari 2-3 pembekal kami, termasuk la kos dari KLIA ke farm kami.

Antara faktor yang kami dapati mempengaruhi harga feral yang tinggi sekarang :

  • Currency Aussie yang semakin hari semakin naik
  • Musim hujan di Aussie menyebabkan bekalan feral kurang dan susah untuk diperolehi.

Insyaallah kalo banyak order yang kami dapat, kami akan cuba untuk nego lagi dengan pembekal kami. So, cepatlah order melalui kami. Kalo lambat, tak dapat la.

Monday, July 6, 2009

30 Ekor Boer Ke Universiti Malaya!

Sabtu lepas 30 ekor boer dara/induk dah selamat ke Universiti Malaya. Nak sambung belajar ke tu? Maklum la boer ni sumer lulusanAussie kan. Hahaha.

Lepas tanya dengan technician UM yang datang amik kambing tu, rupa-rupanya kat UM tu ada course yang perlukan kajian terhadap sistem peranakan kambing. So lecturer perlukan kambing untuk student-student buat praktikal. Nak tengok secara live la tu.

Apapun, kami selamat gak jualkan kambing-kambing tu. Alhamdulillah


Najib & Shahrir dok kira cukup ke lebih kambing kat dalam lori. Lebih kang susah lak. Kurang pun susah gak nak menjawab.

Tak abih lagi kira tuh. Ke sedih tengok kambing-kambing tu nak pergi belajar???

Sayonara. Semoga dapat segulung ijazah, kalo selamat la. Hehehe

Friday, July 3, 2009

Jom Kongsi Beli Feral, Lebih Murah!

Latest Info!
Kemungkinan harga feral terpaksa dinaikkan dalam RM10/ekor. Sebabnya currency Aussie semakin hari semakin naik. Sekarang dah cecah RM2.95 per Aus1.00. Tapi kami akan cuba tuk nego dengan supplier. Harap-harap boleh menten harga lama. Kami akan update lagi nanti.

Jom kawan-kawan, kita kongsi ramai-ramai beli feral. Boleh dapat harga borong walaupun beli sikit.

Berikut adalah beberapa fakta yang ingin kami kongsi setelah pihak kami membuat kajian dan perbandingan dengan banyak pembekal :-
  • Feral akikah (confirm sepasang gigi kekal) dengan berat 40-45kg = RM460-RM480/ekor dengan minimum belian 10 ekor - paling murah la ni. Ada yang cecah RM500/ekor
  • Bagi belian 50 ekor ke atas = RM430-RM460
  • Harga ex-KLIA - perlu berebut dengan ramai orang untuk dapatkan saiz yang baik
  • Lambat order/bayar or lambat ke KLIA untuk pilih, dapat la yang saki-baki je. Silap-silap dapat yang bawah spec - kami dah terkena dah camni. Hahaha

Berdasarkan fakta diatas, pihak kami fikir kenapa perlu bayar lebih atau berebut-rebut untuk dapatkan barang tersebut. Jadi kami pun perahlah otak dan akal yang Allah bagi ni untuk cari jalan yang terbaik bagi mendapatkan bekalan feral pada harga yang paling menarik. Cadangan kami seperti berikut :-

  • Belian secara perkongsian - 1 orang beli 10 ekor. 5 orang dah dapat 50 ekor.
  • 50 ekor - harga feral RM430/ekor + kos transport ke kandang transit RM10/ekor = RM440/ekor - kat sini dah jimat RM20/ekor @ RM200/10ekor
  • Kalau order banyak cam 50 ekor tu baru la dapat priority skit tuk pilih crate mana yang terbaik.
  • Kami cadangkan kandang kami menjadi tempat transit feral, sebab dekat skit dengan KLIA.

Kami dah dapat persetujuan dari pembekal untuk lock harga 50 ekor = RM430/ekor. So kami nak la ajak kawan-kawan lain yang ingin mendapatkan feral ni untuk sama-sama dengan kami berkongsi bagi dapatkan harga feral yang murah. Ingat! Feral ni untuk yang saiz 40-45kg tau!

Selain tu, ada gak la term & condition dia :-

  1. Minimum order 10 ekor - bukan apa, ni tuk pastikan yang kami mudah tuk cukupkan kuota 50 ekor tu.
  2. Kalau tak dapat penuhi kuota 50 ekor, terpaksa la yang dah order tu tambah skit lagi. Mungkin RM10 lagi per ekor. Tapi yang ni kami akan cuba rundingkan dengan pembekal.
  3. 50% deposit masa tempah, baki 50% lagi sebelum barang bertolak dari Aussie
  4. Barang hanya boleh diambil dikandang kami saja sebab kami tak mau ramai-ramai ke KLIA. Nanti pening ja nak buat urusan
  5. Tarikh akhir order pada Sabtu, 11/07/2009 - seminggu je lagi tuh!
  6. Lain-lain mana yang patut yang kami fikirkan perlu. Kami akan update lagi.

Hubungi kami segera untuk tempahan sebab next shipment masuk insyaallah pada pertengahan atau hujung bulan ni. Apa-apa pertanyaan kalau tak faham, boleh hubungi Saiful 012-2846292. Dia boleh cerita sampai faham.

Sekian

Template by:
Free Blog Templates