Thursday, June 25, 2009

Tender Projek Tanaman Semula Rumput

Kami sedang mencari individu atau syarikat yang boleh menjayakan projek tanaman semula rumput bagi ladang kambing kami. Butiran seperti berikut :-
  • Keluasan : 1 ekar.
  • Jenis rumput : Napier India.
  • Kerja-kerja yang terlibat : Pembajakan semula tanah, pengapuran tanah, pembajaan tanah dengan urea, pembekalan benih Napier India, penanaman benih Napier India, sistem pengairan renjis dan penjagaan untuk tempoh 1 bulan pertama (untuk memastikan yang rumput tersebut benar-benar hidup).

Sesiapa yang berminat, bolehlah hantarkan sebutharga kepada kami di alfalah.agroventures@gmail.com. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Saiful 012-2846292. Anda digalakkan melawat kawasan kandang terlebih dahulu sebelum menghantarkan sebutharga. Tarikh tutup penghantaran sebutharga pada Jumaat, 10 Julai 2009.

Sekian

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates