Ada lagi tawaran kami untuk anda. Jualan penghabisan stok kambing feral untuk sembelihan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengimport dan pembekal kambing baka, akikah, korban, kenduri dan sembelihan.
Al-Falah Agroventures diusahakan oleh 2 orang anak muda yang ingin menjadikan bidang agroternak sebagai salah satu punca pendapatan di alaf globalisasi ini.
Penempahan dan lain2 urusan ...sila hubungi:
AJIDIE 013-308 0370
Email :
mrrosdie@yahoo.com
alfalah.agroventures@gmail.com
Alamat Kandang:
Lot 3761, Jalan Bangau,
Batu 9 Jalan Kebun Baru,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor


* Baka Dorper berasal dari Afrika Selatan telah dibangunkan dalam tahun 1900 hasil gabungan baka biri-biri Parsi dan Dorset.
* Ketika ini Dorper adalah baka biri-biri pedaging terulung di dunia.
* Di Afrika Selatan terdapat lebih lima juta ekor baka Dorper.
* Baka ini dipilih kerana dijangka berupaya menyesuaikan diri dengan iklim tempatan, kadar kenaikan berat badan tinggi, kadar kembar tinggi, pengeluaran susu yang banyak serta karkas berkualiti (nisbah daging kepada tulang yang tinggi).
* Baka ini mudah dipelihara dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai
* Ia dapat menggunakan makanan (pastura dan dedak secara optimum) dengan kadar kematian rendah dan imun terhadap penyakit dengan kadar kesuburan tinggi dan banyak anak dapat dipasarkan
* Baka yang menarik dan popular dari jenis pedaging dengan kesuburan yang tinggi dan berupaya untuk musim pembiakan yang panjang sepanjang tahun
* Baka ini sangat subur dengan kadar bunting yang tinggi dan pejantan boleh dikahwinkan dengan lebih 30 induk betina dalam masa 40 hingga 60 hari.
* Kadar kelahiran boleh dijadualkan setiap lapan bulan (tiga kelahiran dalam masa dua tahun) dengan kadar kembar yang tinggi. Dengan pengurusan yang baik kadar kelahiran lebih 150 peratus dapat dihasilkan
* Induk betina mempunyai ciri keibuan yang baik dan dengan penghasilan susu yang tinggi dapat memelihara anak dengan baik sehingga cerai susu dengan peratus cerai susu yang tinggi
* Kadar kenaikan badan yang tinggi. Dengan pemakanan yang baik anak baka tulen Dorper boleh mencapai berat badan 30 hingga 35 kilogram (kg) dalam masa tiga hingga empat bulan
* Mempunyai kualiti karkas yang baik dengan pertumbuhan lemak dalam daging yang serata menjadikan karkas mencapai Gred Super di pasaran
* Walaupun baka Dorper pada asalnya dibangunkan untuk dipelihara di kawasan panas dan kering di Afrika Selatan namun ia didapati sesuai dipelihara di pelbagai iklim dengan pemakanan yang pelbagai di dalam beberapa sistem pemeliharaan sama ada sistem intensif, semi-intensif atau bebas baik dalam kawasan padang pasir, tropika atau lembap.
p/s: pic taken from dusunagro (bro sukor).. sori bro curik pic nih.. nk bt promote dorper la..


Punya la melantak, sampai perut tu kalah induk bunting tuh. Jangan buncit sampai takleh nk "memanjat" dah ler..
Induk boer Al-Falah. Cantik kan badan induk-induk nih..
Punya la takut nak ambik gambar.
Ada cantik ka??? Cantik la kot tu yer.. hehe
Rie & Mimiey tekun mendengar dan berbincang
AJK penaja PPKM - Saiful (aku ler tuh), Dr. Azhar, Najib, Zul BTAF & Rie a.k.a Esis
Tersenyum riang lepas miting. Mau taknya dapat minum free. Hehehe
Sempat lagi tu kaco-kaco awek yang nak amik oder tuh.