Monday, April 13, 2009

Ilmiah: Tanda-tanda Kambing Tidak Sihat

Sistem pemuliharaan secara intensif ini adalah merupakan penambahbaikan dan sesuai dianggap sebagai satu teknologi bagi mengurangkan banyak penyakit dan keadaan yang mengurangkan produktiviti serta daya maju sesuatu bidangusaha kambing pedaging. Namun demikian beberapa jenis penyakit serta keadaan tidak normal masih berlaku yang berpunca daripada kesilapan pengurusan dan perumahan yang tidak sempurna. Pengurusan yang dimaksudkan merangkumi espek makanan dan pemakanan serta pembiakbakaan.
Saya mencadangkan supaya anda membiasakan diri dengan rupa dan ciri-ciri ternakan kambing yang sihat. Rupa atau ciri-ciri yang selainya adalah yang tidak sihat dan mudah dikenali.

Ciri-ciri am kambing yang tidak sihat dapat dilihat dari beberapa sudut seperti yang berikut:-
  • Tahap Kecergasan
  • Keadaan kulit.
  • Gaya berjalan.
  • Nafsu makan.
  • Keadaan najis/tinja.
  • Suhu badan.
  • Denyutan nadi,
  • Pernafasan yang tidak normal,
  • Kadar pertumbuhan, dan
  • Kadar kematian.

SUHU BADAN(T), DENYUTAN NADI(P) DAN PERNAFASAN(R) atau RINGKASNYA TPR.

Suhu badan, denyutan nadi dan pernafasan ternakan memang biasa digunakan sebagai penanda aras sama ada sesekor ternakan itu sehat atau sebaliknya. Setiap jinis ternakan mempunyai nilai normalnya sendiri. Bagi ternakan kambing yang sihat, nilai suhu badan, denyutan nadi dan pernafasan yang normal adalah seperti berikut:-

Suhu Badan Nadi Pernafasan
( celcious ) (denyutan/min) (pernafasan/min)
38.0 – 39.5 60 – 80 12 – 30

Kualiti denyutan nadi dan keadaan sesuatu pernafasan itu pula membawa erti dan pertunjuk yang menjuruskan kepada sesuatu penyakit yang berlainan. Apa yang penting anda boleh memberikan keterangan tentang setiap sifat dengan tepat hingga membolehkan sesuatu diagnosis di buat oleh pihak ke dua dengan mudah.


NAFSU MAKAN

Seperti kita juga, ternakan kambing yang sakit, kebiasaanya hilang nafsu untuk makan. Bagi kes-kes lain yang lebih kronik, ternakan mungkin dilihat berkeadaan normal dari aspek ini. Apa yang penting anda membuat penilaian yang tepat mengenainya.
Apabila kita menyediakan makanan, seperti pallet PKC, lebihan daripada biasa di dalam palong makanan, perlu dilihat sebagai petanda ada ternakan yang kurang makan dan perlu di teliti ternakan yang mana.


TINJA

Ternakan yang sehat mempunyai tinja yang berbiji-biji dan lembab. Keadaan tinja yang tidak normal termasuklah keadaan tinja yang cair, bercampur darah atau warna yang berbedza daripada yang normal dan kadangkala dengan bau yang berbeza.


KULIT ATAU PERMUKAAN BADAN

Ternakan yang sihat berbulu dalam bentuk terurus, berkilat dan licin. Bulu yang kusut masai mungkin berpunca daripada sesatu keadaan atau penyakit kulit, seperti jangkitan kulat atau pun berpunca daripada kekurangan zat tertentu. Kadangkala dengan meraba dengan tangan dipermukaan kulit boleh memberikan gambaran tambahan. Terdapatnya rasa berbutil-butil dan meluas mungkin disebabkan jangkitan bakteria dan kulat tertentu. Biasanya ternakan ini akan selalu mengarukan badannya pada tiang atau dinding kandang. Jangkitan kulit ini membuatkan juga bulu gugur dan kerap dilihat dialami oleh beberapa ekor ternakan dalam kelompok yang sama.


TERNAKAN SAKIT PERLU DIASINGKAN.

Ternakan yang tidak sehat perlu diasingkan. Setiap perumahan kambing perlu diadakan sebuah kandang atau petak bagi tujuan ini. Pengurusan sedemikian adalah bagi:-
  • Mengelakkan penyakit menjangkiti ternakan lain,
  • Kacauganggu oleh ternakan yang sehat,
  • Tumpuan mudah diberikan oleh sesiapa yang membuat rawatan, dan
  • Aliran tugas pekerja dapat diselaras dengan baik. Pekerja kumpulan sakit yang berasingan atau memulakan dengan ternakan sehat dan akhir sekali dengan kumpulan yang sakit.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates