Wednesday, April 15, 2009

Mesyuarat AJK Penaja PPKM

Lupa lak nak bagitau. 11 April yg lalu, aku ngn Najib telah dijemput oleh Prof Kamarol tuk hadiri satu mesyuarat kecil Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Tujuan mesyuarat ni adalah tuk menggerakkan kembali penubuhan persatuan tersebut.

Ramai gak hadir dalam miting tu, terdiri daripada En Nordin Mat (pemilik Perfect Fresh & Frozen) selaku orang kuat penubuhan persatuan, Dr. P. Azhar (doktor vet yg tak asing lagi)Prof Kamarol (Romatechagroternak), Rie a.k.a Esis (Siswazah Penternak Ruminan), Zul (Bina Ternak), Badrul (Fanagri), Mimiey (MSGlobal Farm), Nizam (Boervilla) dan juga aku ngan Najib sendiri.

Dari miting tu, beberapa pelantikan dan ketetapan telah diambil bagi menjayakan penubuhan persatuan yang sangat-sangat ditunggu oleh ramai penternak kambing di seluruh Malaysia. Butir-butir lanjut mengenai mesyuarat tersebut boleh didapati di laman web PPKM sendiri (sila klik disini).

Ni beberapa gambar disekitar miting tersebut. Layanlah yee..


Orang kuat disebalik penubuhan PPKM - En Nordin & Prof Kamarol
Rie & Mimiey tekun mendengar dan berbincang

AJK penaja PPKM - Saiful (aku ler tuh), Dr. Azhar, Najib, Zul BTAF & Rie a.k.a Esis

Tersenyum riang lepas miting. Mau taknya dapat minum free. Hehehe

Sempat lagi tu kaco-kaco awek yang nak amik oder tuh.


p/s: Gambar dipetik dari blog Rie & Mimiey. Terima kasih banyak-banyak. Aku tak bawak kamera la aritu. Pas hantar daging kambing akikah 2 ekor kat Bangi. Terus pegi miting.

Monday, April 13, 2009

Ilmiah: Tanda-tanda Kambing Tidak Sihat

Sistem pemuliharaan secara intensif ini adalah merupakan penambahbaikan dan sesuai dianggap sebagai satu teknologi bagi mengurangkan banyak penyakit dan keadaan yang mengurangkan produktiviti serta daya maju sesuatu bidangusaha kambing pedaging. Namun demikian beberapa jenis penyakit serta keadaan tidak normal masih berlaku yang berpunca daripada kesilapan pengurusan dan perumahan yang tidak sempurna. Pengurusan yang dimaksudkan merangkumi espek makanan dan pemakanan serta pembiakbakaan.
Saya mencadangkan supaya anda membiasakan diri dengan rupa dan ciri-ciri ternakan kambing yang sihat. Rupa atau ciri-ciri yang selainya adalah yang tidak sihat dan mudah dikenali.

Ciri-ciri am kambing yang tidak sihat dapat dilihat dari beberapa sudut seperti yang berikut:-
  • Tahap Kecergasan
  • Keadaan kulit.
  • Gaya berjalan.
  • Nafsu makan.
  • Keadaan najis/tinja.
  • Suhu badan.
  • Denyutan nadi,
  • Pernafasan yang tidak normal,
  • Kadar pertumbuhan, dan
  • Kadar kematian.

SUHU BADAN(T), DENYUTAN NADI(P) DAN PERNAFASAN(R) atau RINGKASNYA TPR.

Suhu badan, denyutan nadi dan pernafasan ternakan memang biasa digunakan sebagai penanda aras sama ada sesekor ternakan itu sehat atau sebaliknya. Setiap jinis ternakan mempunyai nilai normalnya sendiri. Bagi ternakan kambing yang sihat, nilai suhu badan, denyutan nadi dan pernafasan yang normal adalah seperti berikut:-

Suhu Badan Nadi Pernafasan
( celcious ) (denyutan/min) (pernafasan/min)
38.0 – 39.5 60 – 80 12 – 30

Kualiti denyutan nadi dan keadaan sesuatu pernafasan itu pula membawa erti dan pertunjuk yang menjuruskan kepada sesuatu penyakit yang berlainan. Apa yang penting anda boleh memberikan keterangan tentang setiap sifat dengan tepat hingga membolehkan sesuatu diagnosis di buat oleh pihak ke dua dengan mudah.


NAFSU MAKAN

Seperti kita juga, ternakan kambing yang sakit, kebiasaanya hilang nafsu untuk makan. Bagi kes-kes lain yang lebih kronik, ternakan mungkin dilihat berkeadaan normal dari aspek ini. Apa yang penting anda membuat penilaian yang tepat mengenainya.
Apabila kita menyediakan makanan, seperti pallet PKC, lebihan daripada biasa di dalam palong makanan, perlu dilihat sebagai petanda ada ternakan yang kurang makan dan perlu di teliti ternakan yang mana.


TINJA

Ternakan yang sehat mempunyai tinja yang berbiji-biji dan lembab. Keadaan tinja yang tidak normal termasuklah keadaan tinja yang cair, bercampur darah atau warna yang berbedza daripada yang normal dan kadangkala dengan bau yang berbeza.


KULIT ATAU PERMUKAAN BADAN

Ternakan yang sihat berbulu dalam bentuk terurus, berkilat dan licin. Bulu yang kusut masai mungkin berpunca daripada sesatu keadaan atau penyakit kulit, seperti jangkitan kulat atau pun berpunca daripada kekurangan zat tertentu. Kadangkala dengan meraba dengan tangan dipermukaan kulit boleh memberikan gambaran tambahan. Terdapatnya rasa berbutil-butil dan meluas mungkin disebabkan jangkitan bakteria dan kulat tertentu. Biasanya ternakan ini akan selalu mengarukan badannya pada tiang atau dinding kandang. Jangkitan kulit ini membuatkan juga bulu gugur dan kerap dilihat dialami oleh beberapa ekor ternakan dalam kelompok yang sama.


TERNAKAN SAKIT PERLU DIASINGKAN.

Ternakan yang tidak sehat perlu diasingkan. Setiap perumahan kambing perlu diadakan sebuah kandang atau petak bagi tujuan ini. Pengurusan sedemikian adalah bagi:-
  • Mengelakkan penyakit menjangkiti ternakan lain,
  • Kacauganggu oleh ternakan yang sehat,
  • Tumpuan mudah diberikan oleh sesiapa yang membuat rawatan, dan
  • Aliran tugas pekerja dapat diselaras dengan baik. Pekerja kumpulan sakit yang berasingan atau memulakan dengan ternakan sehat dan akhir sekali dengan kumpulan yang sakit.

Thursday, April 9, 2009

Stok Feral Baru Sampai - Berat Hidup >40kg

Fahizal, Najib & Shahrir yang teruja tengok kambing yang cukup banyak sambil dok pikiaq, bilalah kita boleh jadi pengimport camni nih.

Aku pulak taktau nak pilih yang mana satu nak bawak balik kandang nih. Penin.. Penin..

Petugas Animal Hotel yang sibuk offload kambing dari crate ke lori.

Ni dia stok feral kami.

Besar-besar wehhh. Dah la besar, ganas lak tu.

Tengok tanduk la beb. Ada berani tangkap gua ka.

Salam hormat semua. Kami baru ja menerima stok kambing feral terbaru khusus untuk tujuan akikah dan sembelihan.
Dengan ni gak la kami berpeluang tuk ke Animal Hotel, KLIA tuk melihat dan merasa sendiri camna menerima ketibaan kambing terus dari Australia. Seronok gak tengok situasi di KLIA tu dengan berbagai gelagat pembeli kambing dan kambing-kambing tu sendiri, sehingga terpaksa mengejar beramai-ramai kambing yang terlepas.

Untuk feral terbaru ni, kami bawakan yang besar-besar saja, berat hidup >40kg. Baru puas hati pembeli dapat kambing dengan saiz yang sebesar tu. Harga runcit adalah RM650/ekor siap sembelih & lapah. Bagi yang mempunyai bajet kecil, kami juga masih ada stok feral yang kecil dengan harga RM550/ekor siap sembelih & lapah.

Tuesday, March 24, 2009

Usahasama Mengimport Kambing Feral

Kami ingin mengajak para penternak sama ada yang kecil-kecilan atau yang besar-besar dan trader kambing untuk sama-sama dengan kami, berkongsi untuk menempah kambing feral terus dari pengimport kambing feral dari Australia.

Ini kerana jika kita order secara sikit-sikit (<50>40kg - RM480/ekor; minimum order : 10 ekor
2) avg 35kg - RM450/ekor; minimum order : 10 ekor
3) 30-35kg - RM430/ekor; minimum order : 10 ekor

Dari kajian tersebut, kami dapati yang harga kambing ni kalau kita order sikit, memang harga dia boleh tahan gak mahalnya.

So dari sini kami terfikir, bagaimana kalau dapat kami order dengan kuantiti yang banyak (>100 ekor)? Pasti harga jauh lebih rendah. Tapi kami pulak kekurangan modal. So cara terbaik ialah dengan berkongsi sikit-sikit dengan penternak lain.

Contohnya:-
Kandang A - 20 ekor
Kandang B - 15 ekor
Kandang C - 30 ekor
Kandang D - 35 ekor
Jumlah semua = 100 ekor

Dari sini kami dapati, jika order 100 ekor sekaligus, harga kambing feral (>40kg) hanya RM450/ekor. Banyak pengurangannya tu. Perbezaan kos bagi Kandang A = RM600, Kandang B = RM450, Kandang C = RM900 dan Kandang D = RM1050. Bayangkan jumlah kos yang boleh kita jimatkan sebanyak RM3000 untuk 100 ekor kambing.

Dengan kos yang kurang ni, bolehlah kita pasarkan dengan mudah kambing kita tu kerana harga yang boleh kita tawarkan kepada pengguna dengan harga yang lebih rendah tetapi saiz kambing yang lebih besar. Pasti pengguna puas hati.

Dengan itu, kami ingin mengajak mana-mana penternak atau trader untuk berkongsi dengan kami untuk menempah kambing feral dari Australia ni secara pukal. Para penternak hanya perlu order melalui kami, dengan sedikit bayaran komitmen. Setelah cukup 100 ekor atau lebih, kami akan order kambing tersebut kepada pengimport tersebut. Dengan cara ni, boleh la kita berjimat sikit. Urusan tempahan pihak kami akan uruskan dan kandang kami akan dijadikan tempat transit bagi para penternak yang telah menempah untuk mengambil kambing mereka.

Inilah cetusan idea dari kami yang ingin sama-sama membantu rakan-rakan penternak lain bagi mendapatkan kambing pada harga yang terendah. Jika kita sama-sama berganding bahu, insyaAllah kita dapat berjaya.

Hubungi kami untuk perbincangan selanjutnya. Shipment terdekat ni, bulan April, kami ada menempah 20 ekor kambing feral >40kg dengan harga yang tinggi. Nak buat camna lagi, terpaksa juga kami tempah walaupun harga yang tinggi. Hahaha

Telefon @ sms pun boleh. Kami sedia melayan sebarang pertanyaan.

Sekian

Monday, March 23, 2009

Tawaran Penghabisan Stok Feral Akikah

..: TAWARAN TELAH DITUTUP :..

Salam hormat semua. Lama lak tak update blog nih. Sibuk skit kebelakangan ni. Hehe

Sini kami ada tawaran terbaru:-

**TAWARAN PENGHABISAN STOK FERAL AKIKAH**

Kuantiti : 15 ekor
Baka : Feral
Berat : 30-35 kg berat hidup
Harga : RM550/ekor termasuk sembelih & lapah
*Kos penghantaran seperti biasa.

Tempoh tawaran : Sehingga 31 Mac 2009 @ sehingga stok masih ada

Hubungi kami segera untuk tempahan.

p/s : Kalo nk amik borong, harga dia kita leh citer lain k.


Lain-lain tawaran:-

1) Induk/dara feral, berat 20-25kg, kuantiti 19 ekor, RM550/ekor -> kebanyakan dah bunting pun tapi harga tetap sama, 2 ekor dah melahirkan anak, anak harga lain.
2) Boer buck, berat 45-55kg, kuantiti 3 ekor, RM1500/ekor
3) Red kalahari buck, berat 45-55kg, kuantiti 2 ekor, RM1500/ekor

Thursday, February 26, 2009

Pakej Pembakaan Boer Purebreed

Pakej pembakaan boer purebreed

Boer Purebreed

Induk Feral

Pakej #1
<1> 1 ekor pejantan boer purebreed, berat 40-45kg, umur 16-18 bulan
<2> 5 ekor induk feral, berat 20-25kg, umur 10-12 bulan
Harga Tawaran = RM4,600 nego

Pakej #2
<1> 1 ekor pejantan boer purebreed, berat 40-45kg, umur 16-18 bulan
<2> 10 ekor induk feral, berat 20-25kg, umur 10-12 bulan
Harga Tawaran = RM7,500 nego

Pakej #3
<1> 1 ekor pejantan boer purebreed, berat 40-45kg, umur 16-18 bulan
<2> 20 ekor induk feral, berat 20-25kg, umur 10-12 bulan
Harga Tawaran = RM13,000 nego

Saturday, February 21, 2009

Boer Slaughter, Cashmere & Induk Feral

UPDATE 26/2/2009
Boer buck purebreed untuk dijual - RM1600/ekor nego (ada 5 ekor boer & 2 red kalahari)

Boer buck & boer slaughter (red kalahari)

Boer buck, red kalahari buck, boer slaughter & cashmere

Induk feral - RM650/ekor nego (20-25kg)


Tengah malam semalam sekumpulan 54 ekor kambing sampai ke kandang kami. Ada 5 boer buck purebreed, 2 ekor buck kalahari & 20 induk feral untuk dijual sebagai baka. 7 ekor cashmere jantan & 20 ekor boer slaughter protocol untuk dijual sebagai sembelihan.

Sebilangan boer slaughter tu dah cukup umur untuk akikah. Harga jualan akan kami update sedikit masa lagi disebabkan kami belum dapatkan kata putus mengenai harga. Selepas dapat je harga, kami akan update untuk anda semua. Sebelum tu, layan ja dulu gambar-gambar kambing tu ya. Hubungi kami untuk datang layan-layan kambing ni kat kandang. Kalo nak datang buking dulu pun boleh saja. Yang pasti harga memang yang terbaik ja. Buat apa jual mahal2, kang sape nak beli ye tak?

Thursday, February 19, 2009

Akikah Online (e-Akikah)

Kami ingin menawarkan satu lagi perkhidmatan yang dapat membantu memudahkan urusan akikah anak anda iaitu Akikah Online (e-Akikah).

Caranya mudah saja. Ikutkan tatacara berikut untuk membuat tempahan:-

1) Hantarkan butiran-butiran yang lengkap seperti berikut ke alamat email kami (alfalah.agroventures@gmail.com) :-

a - Nama pembeli (nama bapa/ibu)
b - Tujuan pembelian iaitu akikah (jika untuk tujuan lain seperti nazar, kenduri atau sedekah juga diterima)
c - Nama anak
d - Tarikh lahir anak
e - Jantina anak
f - Kuantiti & jenis kambing yang ingin ditempah
g - Alamat & no telefon
h - Cadangan tarikh sembelihan & penghantaran (samada datang ambil sendiri atau kami hantar)
i - Tarikh & masa pembayaran
j - Lain-lain perkara yang difikirkan perlu
k - Akad : " Dengan ini saya seperti nama di atas, menyerahkan urusan Ibadat Akikah seperti penama di atas kepada pihak pengurusan Al-Falah Agroventures "


3) Setelah segala butiran telah dihantar dan pembayaran telah dibuat (melalui cara bank-in/cash deposit ke akaun kami) dan disahkan, kami akan dengan segera menguruskan amanah anda tersebut.

4) Jika anda ingin sedekahkan terus daging akikah tersebut, pihak kami sedia untuk menguruskannya dengan menyedekahkan ke rumah anak yatim Al-Munirah, Johan Setia, Klang atau ke rumah anak yatim Sg. Manggis, Banting.

Harga kambing kami :-

1 - Harga : RM600/ekor termasuk SEMBELIHAN dan LAPAH
2 - Baka : Feral
3 - Berat : 30kg ~ 40kg

*Pakej masakan : RM180/ekor (kurma / kari / sup)
*Penghantaran disediakan bagi pelanggan di Lembah Klang dengan caj hanya RM30/trip*


Jika anda masih kurang memahami cara-cara untuk membuat tempahan e-Akikah ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami bagi mendapatkan penjelasan.

Sekian.

Wednesday, February 18, 2009

Program Pembiakkan Al-Falah

Salam hormat rakan-rakan & pengunjung yang dihormati. Maaflah sebab diam sekejap tak update blog kami ni. Maklum la, kami ni orang baru. So banyak benda kena buat dan belajar untuk uruskan kandang kami ni dengan sebaik mungkin. Sabtu yang lalu, hari valentine tu, tp kami tak sambut pun valentine ni. Yang kami sambut ialah ketibaan kambing-kambing kami yang telah kami tempah seminggu awal. Kambing kami kali ni adalah untuk breeding atau pembiakkan dalam B.M.

Terdiri daripada 1 ekor pejantan boer fb unreg, 1 ekor pejantan jamnapari p.e, 1 ekor jantan kalahari 4 bulan, 10 ekor induk boer f3/f4, 10 ekor induk koplo/jawarandu dan 2 ekor induk jamnapari p.e. Jumlah semua dah jadi 25 ekor kambing untuk breeding ni.

Yang bestnya tu, 2 ekor anak dah selamat dilahirkan. 1 ekor betina boer f1 dari induk koplo dan 1 ekor lagi anak jantan dari induk boer f4. Alhamdulillah, dua-dua sihat dan sedang aktif kat kandang tu. Ish bebel banyak lak ya kali. Maklum la excited lebih sebab dah dapat anak kambing kan. Tengoklah gambar-gambar kambing tersebut yang sempat kami ambil dari kandang kami. Layan...

Ni dia jantan boer kami.. Bergaya habis tuh..

Ni pulak pejantan jamna p.e.. Amacam warna.. Ada cantek???

Anak pertama.. Duk rilek-rilek ja tu.. Penat dah kot main tadi.. Seekor lagi tah mana merantau tah..

Induk jamna p.e

Induk boer f3/f4.. Badan besar-besar.. Ada dara ada beranak sekali.. Hope dapat la nanti anak-anak kembar yang besar-besar gak..

Induk koplo/jawarandu.. Sempat amik gambar induk boer ngan koplo ni pun waktu malam ja.. Siang tak sempat sebab dk sibuk ngan kerja lain..
Sorilah kalo gambar tak baper elok. Maklum la ambik gambar tu pun guna kamera hp nokia ja. So paham-paham ja la ya..
So kengkawan atau sesape pun yang ingin datang melawat ke kandang kami ni, kami sangat-sangat alu-alukan. Leh la kita borak-borak pasal kambing lagi kat kandang kami ni. Tukar-tukar idea ka apa ka. Tapi sebelum datang tu baik telefon salah sorang dari kami dulu tuk buat temujanji. Sebabnya kami bukan sentiasa ada kat kandang tu. Kami ada kerja lain jugak. Lagipun pekerja kami takkan bukak pintu pagar tu kat orang lain jika dia tak dapat green light dari kami dulu.
So jumpa kami disana ya. Sekian. Wassalam

Wednesday, February 11, 2009

Stok Lembu Pedaging - untuk akikah, kenduri & sembelihan

Assalamualaikum para pengunjung blog kami.

Untuk pengetahuan para pengunjung, pihak kami bukan hanya tertumpu kepada bidang ternakan kambing semata-mata. Kami ingin meluaskan skop bidang ternakan dan pertanian kami ini. Selain ternakan kambing, kami juga ada membekalkan lembu pedaging bagi pelbagai tujuan.

Dengan itu, kami ingin menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan lembu bagi tujuan akikah, kenduri ataupun untuk sembelihan untuk berhubung terus dengan kami. Stok sedia ada.

Sedikit penerangan mengenai lembu tersebut :-

1 - Baka : Brahman & Brahman cross
2 - Berat : Anggaran 330~350 kg
3 - Umur : Cukup umur untuk tujuan akikah
4 - Kuantiti : 9 ekor (semua jantan)
5 - Harga : RM2800 ~ RM3200

"STOK SEDIA ADA DILADANG"

Gambar-gambar lembu tersebut seperti dibawah.








Hubungi Saiful 012-2846292 untuk keterangan lanjut dan tempahan. Barang boleh dilihat dan dipilih di Olak Lempit, Banting. "Seeing is believing"
Sekian. Terima kasih.





Template by:
Free Blog Templates