Sunday, January 11, 2009
Ketibaan Kambing Pertama..
Pada 10 Januari 2009, setelah lebih seminggu kami menunggu, akhirnya stok pertama kambing Al-Falah telah tiba.. Kami semua sangat gembira dengan ketibaan kambing-kambing pertama tersebut..
Insyaallah, selepas ni Al-Falah akan terus aktif dalam bidang ternakan kambing ini dengan membawa masuk pelbagai jenis atau baka kambing sama ada untuk pembakaan ataupun untuk penyembelihan.. Tetapi buat permulaan ini kami lebih menumpukan kepada bidang penyembelihan atau pembekalan stok kambing pedaging untuk memenuhi permintaan daging kambing setempat.. Pihak kami bersedia untuk menerima tempahan dari mana-mana pihak atau pelanggan untuk mendapatkan bekalan kambing sembelihan secara belian runcit ataupun secara borong..
Kami jangkakan next shipment adalah sekitar bulan Februari nanti.. Kami akan update kemudiannya didalam blog ini..
Wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment