Sunday, January 11, 2009

Ketibaan Kambing Pertama..

Pada 10 Januari 2009, setelah lebih seminggu kami menunggu, akhirnya stok pertama kambing Al-Falah telah tiba.. Kami semua sangat gembira dengan ketibaan kambing-kambing pertama tersebut..

Selamat datang ke rumah baru..

Pilihlah nak masuk mana-mana bilik pun..

Kambing feral pertama Al-Falah Agroventures.. Insyaallah dalam jangka masa tersekat akan masuk lagi stok-stok kambing dari baka-baka lain pulak..

Kambing sedang berehat untuk menghilangkan stress akibat perjalanan yang jauh atas lori dan juga untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru..

Jamuan besar-besaran pertama.. Hidangan lazat pelepah sawit bersama PKC.. Harap korang semua seronok dengan rumah baru nih..


Insyaallah, selepas ni Al-Falah akan terus aktif dalam bidang ternakan kambing ini dengan membawa masuk pelbagai jenis atau baka kambing sama ada untuk pembakaan ataupun untuk penyembelihan.. Tetapi buat permulaan ini kami lebih menumpukan kepada bidang penyembelihan atau pembekalan stok kambing pedaging untuk memenuhi permintaan daging kambing setempat.. Pihak kami bersedia untuk menerima tempahan dari mana-mana pihak atau pelanggan untuk mendapatkan bekalan kambing sembelihan secara belian runcit ataupun secara borong..
Kami jangkakan next shipment adalah sekitar bulan Februari nanti.. Kami akan update kemudiannya didalam blog ini..
Wassalam..

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates