Saturday, January 10, 2009

Bermulalah Dimensi Baru 2009..

Assalamualaikum..

Bermula 1 Januari 2009, maka bermulah dimensi baru bagi 4 orang sahabat karib.. Saiful, Fahizal, Najib dan Shahrir.. Dari bekerja sebagai jurutera kepada penternakan.. Walaupun bukanlah sepenuh masa menjadi penternak.. Tapi perbezaan antara 2 bidang; kejuruteraan dan penternakan, sungguh ketara sekali..

Kerana minat yang mendalam, maka tertubuhlah Al-Falah Agroventures hasil idea dan usaha keras 4 sahabat ini.. Disamping untuk menambahkan pendapatan dan rezeki untuk keluarga masing-masing, bidang penternakan juga dapat memenuhi saranan kerajaan untuk menambahkan pengeluaran hasil pertanian tempatan bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada import hasil pertanian dari luar..

Al-Falah Agroventures setakat ini memulakan usahanya dengan bidang penternakan kambing.. Dengan mempunyai sebuah kandang kambing yang seluas lebih kurang 24kaki x 80kaki (yang disewa dari Casserose Agrofarm) yang boleh menampung bilangan kambing sehingga 250 ekor pada suatu-suatu masa.. Buat masa ini Al-Falah hanya menumpukan pada bidang penternakan kambing terlebih dahulu.. InsyaAllah pada masa depan kami akan meluaskan lagi bidang pertanian kami ini..

Alamat kandang kambing Al-Falah di Lot 3761, Jalan Bangau, Pinggiran Kg Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.. Bagi yang berminat untuk mengunjungi kandang kami ini, anda adalah sangat-sangat dialu-alukan.. Sila hubungi kami terlebih dahulu untuk membuat temujanji..

Sehingga di lain waktu.. InsyaAllah kami akan update kan blog kami ni dengan gambar-gambar serta aktiviti-aktiviti yang menarik disekitar kandang kambing kami ini..

Wassalam..

2 comments:

Barakah AgroSupport said...

Salam perkenalan...
Semoga usaha anda di berkati dan dimurahkan rezeki.

Rizal, Lancaster United Kingdom

Barakah AgroSupport said...

Salam perkenalan...
Semoga usaha anda membuahkan hasil dan diberkati Allah..

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates