Tuesday, February 2, 2010

Pakej 3S Akikah Al-Falah !

Seringkali pihak kami terlintas dan mendengar senario seperti berikut :

Senario 1
“Saya duduk apartment, so susah sikit la saya nak buat kenduri . . . leceh”

Senario 2 :
“Saya nak buat akikah, nak buat majlis, tapi ada tak cara yang lebih mudah ? Nak kena tetap tarikh, senarai jemputan, sewa khemah, pilih caterer, etc2 – saya tak mau buat semua tu ? ”

Senario 3 :
“Saya ingin sedekahkan akikah saya ni, tapi nak sedekah ke mana ? – macamana ? ”

Kami ada penyelesaiannnya, InsyaAllah, melalui Pakej 3S Akikah Al-Falah.

3S = Syukur, Senang & Sedekah.

S yang pertama Syukur.
Hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah Akikah itu sangat banyak, hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antara yang terutamanya adalah :

  • Akikah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah S.W.T
  • Sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki. Wallahua’lam.

S yang kedua Senang.
Tuan/Puan hanya perlu secara asasnya :

  • Tetapkan tarikh Akikah
  • Tetapkan tempat untuk disedekahkan (samaada Pusat Tahfiz, Rumah Anak Yatim atau Masjid)
  • Bayar melalui Maybank2u ke akaun Al-Falah Agroventures Sdn. Bhd.
S yang ketiga Sedekah.
Akikah juga adalah salah satu bentuk sedekah, tambahan dengan menyedekahkan masakan Akikah ke tempat-tempat yang kami senaraikan, semoga kita bersama memperoleh ganjaran-Nya. Wallahua’lam

Pihak kami akan melaksanakan kesemuanya - Start to End.


Hubungi kami segera untuk mengetahui lebih lanjut !

Ajidie > 013-308 0370

Tuesday, December 22, 2009

Feral Sampai Lagi

Stok feral terbaru sampai lagi.

Berat 35-40kg saja kali ni.

Sesiapa berminat boleh datang ke kandang untuk pilih. Cash n carry. Jual borong dan runcit.

Monday, December 14, 2009

Kambing Feral 45kg Atas - SOLD OUT!

Feral 45kg telah habis dijual!
Kami akan bawakan lagi feral 40-45kg minggu depan.
[..tarikh belum dapat ditentukan lagi, insyaAllah before Krismas..]
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan feral 40-45kg, order dengan kami sekarang!

Harga tempahan awal :
RM500/ekor (ex-farm); minimum 5 ekor
RM490/ekor (ex-farm); minimum 10 ekor


Salam hormat semua.

Di kandang kami sekarang terdapat kambing feral cukup umur dengan berat badan yang cukup menarik untuk disambar oleh anda.

Berat 45kg atas, insyaAllah.


Kambing feral ni kami select sendiri di KLIA untuk dapatkan berat cenggitu sahaja.

Cepat sebelum terlambat. Stok terhad. Hubungi Saiful 0122846292 untuk keterangan lanjut.

Thursday, December 10, 2009

Kambing Feral - Akikah, Kenduri & BBQ Golek


Salam semua.

Sempena cuti sekolah sekarang ini, kami menawarkan kambing feral sembelihan dengan harga mampu dan cukup menarik untuk anda!

Berat : 35-45kg hidup
Harga : RM550-RM580/ekor
Sembelih dan lapah : RM50/ekor
Penghantaran sekitar Lembah Klang : RM30/trip

Perkhidmatan lain :
1] Masakan kari, kurma, sup dan sweet sour : RM180/ekor
2] Pakej BBQ golek termasuk on-site service : RM250/ekor

Hubungi kami untuk mendapatkan bekalan anda sekarang! Harga semestinya masih boleh dirunding jika melebihi 1 ekor.

Thursday, November 12, 2009

Stock Clearance Boer & Jamna Cross !!

Salam semua.
Kami dengan berbesar hati ingin tawarkan kepada anda stock clearance boer F3/F4 dan juga jamna cross untuk anda 'cash n carry' dari ladang kami. Detail seperti berikut :-

Boer F3/F4
Induk berat 35-40kg
Kuantiti 11 ekor
Harga RM830/ekor


Jamna Cross
Induk berat 25-30kg
Kuantiti 11 ekor
Harga RM480/ekor


Kami juga ada lagi 2 ekor boer F1/F2 dengan harga hanya RM400/ekor. Berat 30-35kg. Condition baik tau. Jangan kata harga murah barang tak elok. Boleh datang tengok dulu baru nilai. Haha.

Helo-helo la kami [Saiful 0122846292] atau [Najib 0133911464] untuk nego harga. Cuma datang, pilih, bayar dan angkut je. Mudah kan? Apa tunggu lagi. Dapatkan stok kambing ter'daboomm' dari kami sekarang.

Monday, November 2, 2009

Tempahan Kambing Korban Masih Dibuka

Tempahan untuk kambing korban masih dibuka. Stok masih ada dikandang dan akan dibawa masuk lagi untuk memenuhi permintaan dimusim Raya Korban ini.

Kambing baka feral dengan berat purata 40kg.
Harga hanya RM600/ekor termasuk kos penghantaran di sekitar Lembah Klang.
Khidmat sembelih dan lapah hanya RM50/ekor.

Sila hubungi Saiful 0122846292 / 0136717292 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Wednesday, October 21, 2009

Kambing Feral Gerenti Cukup Umur - Shipment 3 Nov

Tempahan kambing feral gerenti cukup umur untuk tujuan akikah dan korban dibuka sekarang. Butiran seperti berikut :-


* Berat : 35-40 kg
* Umur : Confirm cukup umur (sepasang gigi)
* Harga : RM460/ekor exKLIA
* Minimum order : 10 ekor

Buat tempahan sekarang untuk elakkan kehabisan stok. Stok tak banyak sekarang disebabkan currency yang tinggi tetapi permintaan yang tinggi. Sediakan stok anda menjelang ketibaan Raya Korban dan cuti sekolah ini.


Hubungi Saiful 0122846292 / 0136717292 untuk pertanyaan dan tempahan.

Wednesday, September 30, 2009

Kambing Panggang (Golek)

Salam semua. Kami di Al-Falah ada menyediakan perkhidmatan kambing panggang (golek).

Kambing panggang/golek

Harga RM900/ekor
* kambing siap sembelih & lapah
* merinade
* kuah black pepper
* peralatan untuk panggang
* 1 orang pekerja untuk memanggang/membakar
* penghantaran ke kawasan Lembah Klang

Bagi yang memerlukan kambing panggang, sila hubungi kami untuk tempahan. Kami memerlukan confirmation tempahan selewat-lewatnya 5 hari sebelum hari diperlukan. Sekian

Thursday, September 24, 2009

Jualan Feral Borong

Salam hormat semua.

Tempahan untuk feral kembali lagi. Insyaallah shipment 2 minggu sekali. Kalo permintaan yang tinggi, kami boleh uruskan shipment seminggu sekali pun takpe. Takde hal nya.

Harga RM480/ekor, minimum 10 ekor. Pilih sendiri dikandang kami di Jalan Kebun. Pelanggan buat tempahan dan bayaran deposit 50% sebagai tande setuju. Lepas kambing sampai dikandang, para pelanggan pilih sendiri kambing mana yang nak dibawa balik. Masa tu baru setelkan lagi 50% duit baki.

Spec kambing feral : 35-45kg dengan kepastian gigi dah salin sekurangnya sepasang gigi kekal. Kalo tak salin lagi, takyah ambik. Yang tu kami tanggung.

Next shipment : Insyaallah minggu depan - 8 atau 10 Oktober.
Tutup order : 6 Oktober

Tempah awal. Hubungi Saiful 012-2846292 untuk keterangan lanjut dan tempahan

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam semua.

Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua rakan dan pelanggan kami.

Diharapkan hubungan kita semua akan lebih baik lagi dimasa akan datang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Template by:
Free Blog Templates