Tuesday, February 2, 2010

Pakej 3S Akikah Al-Falah !

Seringkali pihak kami terlintas dan mendengar senario seperti berikut :

Senario 1
“Saya duduk apartment, so susah sikit la saya nak buat kenduri . . . leceh”

Senario 2 :
“Saya nak buat akikah, nak buat majlis, tapi ada tak cara yang lebih mudah ? Nak kena tetap tarikh, senarai jemputan, sewa khemah, pilih caterer, etc2 – saya tak mau buat semua tu ? ”

Senario 3 :
“Saya ingin sedekahkan akikah saya ni, tapi nak sedekah ke mana ? – macamana ? ”

Kami ada penyelesaiannnya, InsyaAllah, melalui Pakej 3S Akikah Al-Falah.

3S = Syukur, Senang & Sedekah.

S yang pertama Syukur.
Hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah Akikah itu sangat banyak, hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antara yang terutamanya adalah :

  • Akikah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah S.W.T
  • Sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki. Wallahua’lam.

S yang kedua Senang.
Tuan/Puan hanya perlu secara asasnya :

  • Tetapkan tarikh Akikah
  • Tetapkan tempat untuk disedekahkan (samaada Pusat Tahfiz, Rumah Anak Yatim atau Masjid)
  • Bayar melalui Maybank2u ke akaun Al-Falah Agroventures Sdn. Bhd.
S yang ketiga Sedekah.
Akikah juga adalah salah satu bentuk sedekah, tambahan dengan menyedekahkan masakan Akikah ke tempat-tempat yang kami senaraikan, semoga kita bersama memperoleh ganjaran-Nya. Wallahua’lam

Pihak kami akan melaksanakan kesemuanya - Start to End.


Hubungi kami segera untuk mengetahui lebih lanjut !

Ajidie > 013-308 0370

1 comments:

Goldman said...

COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates