Wednesday, April 22, 2009

Karkas Kambing Boer


Tawaran kepada sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan karkas kambing boer segar!!!


Kami mempunyai banyak stok kambing boer dan bersedia untuk membekalkan bekalan karkas untuk tujuan kenduri, masakan dan juga BBQ. Harga tawaran kami adalah RM38/kg bagi kuantiti 1~4 ekor dan RM34/kg bagi kuantiti 5 ekor ke atas. Harga tidak termasuk penghantaran. Penghantaran kami boleh uruskan dengan kos minimum.


Harga boleh kita rundingkan lagi bergantung kepada jumlah pembelian dan kekerapan pembelian.


Hubungi kami untuk tempahan dan pertanyaan.


Note: Karkas bermaksud berat bersih yang tidak termasuk kepala, organ dalaman, kulit dan perut.

Monday, April 20, 2009

Al-Falah Boer Breed

Salam hormat semua. Kat sini kami saja-saja uploadkan gambar-gambar kambing boer breed yang ada di ladang kami. Dari gambar yang semua dapat lihat, kambing-kambing boer kami semua ni terdiri dar baka-baka boer yang berkualiti saja. Induk gred F3/F4 dengan pejantan FB. Tengoklah sendiri badan induk-induk dengan badan buck kami tu. Solid tul la. Insyaallah ada rezeki nanti, induk-induk tu semua yang dah siap bunting, akan memberikan kepada kami anak-anak yang lebih baik lagi untuk menjadi penyambung warisan boer Al-Falah ni. Layanlah ye gambar-gambar yang sempat kami paparkan kat sini.

Boer buck kami (Boboy) tengah sibuk menjamu selera. Dapat napier segar petang tu.

Punya la melantak, sampai perut tu kalah induk bunting tuh. Jangan buncit sampai takleh nk "memanjat" dah ler..

Induk boer Al-Falah. Cantik kan badan induk-induk nih..

Punya la takut nak ambik gambar.

Ada cantik ka??? Cantik la kot tu yer.. hehe

Mau tak cantiknya. Tengok sendiri la. Tak caya, mai la kandang tengok sendiri..
Insyaallah selepas ni kalo ada rezeki lagi, kami akan menambah lagi bilangan induk boer kat kandang kami. Seronok lak tengok induk boer ni, lebih-lebih lagi bila dah dapat anak. Sebenarnya dah ada seekor yang dapat anak. Cantik anaknya tu, jantan lagi. Lagi seekor tengah sarat bunting. Mungkin tak lama lagi beranak la tu.
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan induk dan pejantan boer, yang berkualiti seperti boer kami ni, anda bolehlah berhubung dengan kami. Insyaallah kami akan membantu anda mendapatkan bekalan seperti yang anda hajati. Harga??? Kami akan cuba dapatkan yang terbaik la. Nak kata mahal tu, takde la mahal sangat. Nak kata murah tu, takde la sangat. Biasanya barang baik mana nak dapat murah-murah kan??? Harga tu biar berpatutan la.
Hubungi kami kalo ada apa-apa benda yang menarik yang boleh kita kongsi bersama. Kami sentiasa mengalu-alukan panggilan dari anda semua.
Salam senyum dari kami.

Wednesday, April 15, 2009

Mesyuarat AJK Penaja PPKM

Lupa lak nak bagitau. 11 April yg lalu, aku ngn Najib telah dijemput oleh Prof Kamarol tuk hadiri satu mesyuarat kecil Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Tujuan mesyuarat ni adalah tuk menggerakkan kembali penubuhan persatuan tersebut.

Ramai gak hadir dalam miting tu, terdiri daripada En Nordin Mat (pemilik Perfect Fresh & Frozen) selaku orang kuat penubuhan persatuan, Dr. P. Azhar (doktor vet yg tak asing lagi)Prof Kamarol (Romatechagroternak), Rie a.k.a Esis (Siswazah Penternak Ruminan), Zul (Bina Ternak), Badrul (Fanagri), Mimiey (MSGlobal Farm), Nizam (Boervilla) dan juga aku ngan Najib sendiri.

Dari miting tu, beberapa pelantikan dan ketetapan telah diambil bagi menjayakan penubuhan persatuan yang sangat-sangat ditunggu oleh ramai penternak kambing di seluruh Malaysia. Butir-butir lanjut mengenai mesyuarat tersebut boleh didapati di laman web PPKM sendiri (sila klik disini).

Ni beberapa gambar disekitar miting tersebut. Layanlah yee..


Orang kuat disebalik penubuhan PPKM - En Nordin & Prof Kamarol
Rie & Mimiey tekun mendengar dan berbincang

AJK penaja PPKM - Saiful (aku ler tuh), Dr. Azhar, Najib, Zul BTAF & Rie a.k.a Esis

Tersenyum riang lepas miting. Mau taknya dapat minum free. Hehehe

Sempat lagi tu kaco-kaco awek yang nak amik oder tuh.


p/s: Gambar dipetik dari blog Rie & Mimiey. Terima kasih banyak-banyak. Aku tak bawak kamera la aritu. Pas hantar daging kambing akikah 2 ekor kat Bangi. Terus pegi miting.

Monday, April 13, 2009

Ilmiah: Tanda-tanda Kambing Tidak Sihat

Sistem pemuliharaan secara intensif ini adalah merupakan penambahbaikan dan sesuai dianggap sebagai satu teknologi bagi mengurangkan banyak penyakit dan keadaan yang mengurangkan produktiviti serta daya maju sesuatu bidangusaha kambing pedaging. Namun demikian beberapa jenis penyakit serta keadaan tidak normal masih berlaku yang berpunca daripada kesilapan pengurusan dan perumahan yang tidak sempurna. Pengurusan yang dimaksudkan merangkumi espek makanan dan pemakanan serta pembiakbakaan.
Saya mencadangkan supaya anda membiasakan diri dengan rupa dan ciri-ciri ternakan kambing yang sihat. Rupa atau ciri-ciri yang selainya adalah yang tidak sihat dan mudah dikenali.

Ciri-ciri am kambing yang tidak sihat dapat dilihat dari beberapa sudut seperti yang berikut:-
  • Tahap Kecergasan
  • Keadaan kulit.
  • Gaya berjalan.
  • Nafsu makan.
  • Keadaan najis/tinja.
  • Suhu badan.
  • Denyutan nadi,
  • Pernafasan yang tidak normal,
  • Kadar pertumbuhan, dan
  • Kadar kematian.

SUHU BADAN(T), DENYUTAN NADI(P) DAN PERNAFASAN(R) atau RINGKASNYA TPR.

Suhu badan, denyutan nadi dan pernafasan ternakan memang biasa digunakan sebagai penanda aras sama ada sesekor ternakan itu sehat atau sebaliknya. Setiap jinis ternakan mempunyai nilai normalnya sendiri. Bagi ternakan kambing yang sihat, nilai suhu badan, denyutan nadi dan pernafasan yang normal adalah seperti berikut:-

Suhu Badan Nadi Pernafasan
( celcious ) (denyutan/min) (pernafasan/min)
38.0 – 39.5 60 – 80 12 – 30

Kualiti denyutan nadi dan keadaan sesuatu pernafasan itu pula membawa erti dan pertunjuk yang menjuruskan kepada sesuatu penyakit yang berlainan. Apa yang penting anda boleh memberikan keterangan tentang setiap sifat dengan tepat hingga membolehkan sesuatu diagnosis di buat oleh pihak ke dua dengan mudah.


NAFSU MAKAN

Seperti kita juga, ternakan kambing yang sakit, kebiasaanya hilang nafsu untuk makan. Bagi kes-kes lain yang lebih kronik, ternakan mungkin dilihat berkeadaan normal dari aspek ini. Apa yang penting anda membuat penilaian yang tepat mengenainya.
Apabila kita menyediakan makanan, seperti pallet PKC, lebihan daripada biasa di dalam palong makanan, perlu dilihat sebagai petanda ada ternakan yang kurang makan dan perlu di teliti ternakan yang mana.


TINJA

Ternakan yang sehat mempunyai tinja yang berbiji-biji dan lembab. Keadaan tinja yang tidak normal termasuklah keadaan tinja yang cair, bercampur darah atau warna yang berbedza daripada yang normal dan kadangkala dengan bau yang berbeza.


KULIT ATAU PERMUKAAN BADAN

Ternakan yang sihat berbulu dalam bentuk terurus, berkilat dan licin. Bulu yang kusut masai mungkin berpunca daripada sesatu keadaan atau penyakit kulit, seperti jangkitan kulat atau pun berpunca daripada kekurangan zat tertentu. Kadangkala dengan meraba dengan tangan dipermukaan kulit boleh memberikan gambaran tambahan. Terdapatnya rasa berbutil-butil dan meluas mungkin disebabkan jangkitan bakteria dan kulat tertentu. Biasanya ternakan ini akan selalu mengarukan badannya pada tiang atau dinding kandang. Jangkitan kulit ini membuatkan juga bulu gugur dan kerap dilihat dialami oleh beberapa ekor ternakan dalam kelompok yang sama.


TERNAKAN SAKIT PERLU DIASINGKAN.

Ternakan yang tidak sehat perlu diasingkan. Setiap perumahan kambing perlu diadakan sebuah kandang atau petak bagi tujuan ini. Pengurusan sedemikian adalah bagi:-
  • Mengelakkan penyakit menjangkiti ternakan lain,
  • Kacauganggu oleh ternakan yang sehat,
  • Tumpuan mudah diberikan oleh sesiapa yang membuat rawatan, dan
  • Aliran tugas pekerja dapat diselaras dengan baik. Pekerja kumpulan sakit yang berasingan atau memulakan dengan ternakan sehat dan akhir sekali dengan kumpulan yang sakit.

Thursday, April 9, 2009

Stok Feral Baru Sampai - Berat Hidup >40kg

Fahizal, Najib & Shahrir yang teruja tengok kambing yang cukup banyak sambil dok pikiaq, bilalah kita boleh jadi pengimport camni nih.

Aku pulak taktau nak pilih yang mana satu nak bawak balik kandang nih. Penin.. Penin..

Petugas Animal Hotel yang sibuk offload kambing dari crate ke lori.

Ni dia stok feral kami.

Besar-besar wehhh. Dah la besar, ganas lak tu.

Tengok tanduk la beb. Ada berani tangkap gua ka.

Salam hormat semua. Kami baru ja menerima stok kambing feral terbaru khusus untuk tujuan akikah dan sembelihan.
Dengan ni gak la kami berpeluang tuk ke Animal Hotel, KLIA tuk melihat dan merasa sendiri camna menerima ketibaan kambing terus dari Australia. Seronok gak tengok situasi di KLIA tu dengan berbagai gelagat pembeli kambing dan kambing-kambing tu sendiri, sehingga terpaksa mengejar beramai-ramai kambing yang terlepas.

Untuk feral terbaru ni, kami bawakan yang besar-besar saja, berat hidup >40kg. Baru puas hati pembeli dapat kambing dengan saiz yang sebesar tu. Harga runcit adalah RM650/ekor siap sembelih & lapah. Bagi yang mempunyai bajet kecil, kami juga masih ada stok feral yang kecil dengan harga RM550/ekor siap sembelih & lapah.

Template by:
Free Blog Templates